Saturday, September 29, 2007

Ungkapan emas

‘Orang marah membuka matanya tetapi menutup fikirannya’ PHILOSOPHUS CATO,penulis Rom.

‘Manusia dibentuk supaya bermasyarakat’ SIR WILLIAM BLACKSTONE,tokoh undang-undang Barat.

‘Gilakan penghormatan itu terlarang ,tetapi menjadi orang terhormat perlu dijadikan tujuan hidup’ AL-GHAZALI,tokoh Islam.

‘Pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terlebih dahulu,kemudian baru memberi pengajaran’VERNON SANDERS LAW,pemain baseball.

‘Jual beli itu bermula pada saat pembeli itu berkata ‘tidak mahu membeli’ ELMER LETTERMAN,penulis Barat.

’Harapan adalah roda utama yang membuat manusia terus bergerak’ THOMAS FULLER,sejarawan Inggeris.

’Semulia-mulia pekerjaan adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri’NABI MUHAMMAD S.A.W.

’Jari-jari tangan diciptakan sebelum garpu’JONATHAN SWIFT,pengarang Ireland.

’Walau sejelik mana pun sebuah buku,pasti ada manfaatnya’PLINIUS,sejarawan Rom.

’Malapetaka memberi kesempatan untuk membuat kebajikan’SENECA,tokoh falsafah Rom.